TESTING JUAL

TESTING JUAL

$10.00
Walaupun dah habis belajar, namun sekarang ni heboh di fakulti tempat saya belajar mengenai pensyarah (lecturer) bergaduh sesama lecturer. Yang sebelah pihak lecturer disokong ramai oleh pensyarah-pensyarah lain. Yang satu lagi pihak hanya banyak di-'back-up' oleh para pelajar. Isunya berlaku apabila lecturer yang didukungi oleh para pelajar ni dikatakan amat mudah meluluskan dan memberi markah tinggi kepada pelajar sewaktu menyelia thesis para pelajar hinggakan beliau sering menjadi rebutan para pelajar khususnya yang sedang menjalani latihan industri (praktikal). Sebaliknya golongan perikatan pensyarah di pihak lain agak skeptikal dengan tindakan pensyarah itu atas alasan ianya secara tidak langsung bakal mengurangkan kualiti thesis yang dilaksanakan oleh para pelajar.

 
Pensyarah fakulti 'mass comm' UiTM Shah Alam bertelagah, apa pendirian aku?

Pensyarah fakulti 'mass comm' UiTM Shah Alam bertelagah, apa pendirian aku?

 Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri

[Pensyarah di fakulti 'mass comm' UiTM Shah Alam bergaduh, apa pendirian aku?]

Walaupun dah habis belajar, namun sekarang ni heboh di fakulti tempat saya belajar mengenai pensyarah (lecturer) bergaduh sesama lecturer. Yang sebelah pihak lecturer disokong ramai oleh pensyarah-pensyarah lain. Yang satu lagi pihak hanya banyak di-'back-up' oleh para pelajar.

Isunya berlaku apabila lecturer yang didukungi oleh para pelajar ni dikatakan amat mudah meluluskan dan memberi markah tinggi kepada pelajar sewaktu menyelia thesis para pelajar hinggakan beliau sering menjadi rebutan para pelajar khususnya yang sedang menjalani latihan industri (praktikal). Sebaliknya golongan perikatan pensyarah di pihak lain agak skeptikal dengan tindakan pensyarah itu atas alasan ianya secara tidak langsung bakal mengurangkan kualiti thesis yang dilaksanakan oleh para pelajar.

Bagi saya , saya tidak berpihak kepada kedua-duanya. Ya walaupun perikatan pensyarah yang tegar atas prinsip sukar memberi markah tinggi kepada pelajar terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang (maaf cakap) aku tidak suka bahkan benci (bukan aku sorang yang benci tapi ramai lagi yang mengakuinya), tapi dalam kes ni, aku lebih berpihak kepada mereka berbanding pensyarah yang mendapat dukungan dan dipertahankan oleh para pelajar.

Para pelajar biasalah. Semuanya nak senang. Saya pun kalau boleh nak senang. Alhamdulillah waktu saya menjayakan thesis saya, pensyarah yang menyelia saya sangat memudahkan saya dan para pelajar di bawah penyeliaannya. Tapi sekarang ni barulah saya terfikir balik. Bagaimana sesebuah institusi dan organisasi dianggap berkualiti andai semuanya mudah dan senang, amat kuarng cabaran.

Saya kaitkan dengan kes waktu kita di zaman persekolahan. Sebagaimana maklum, di sana terdapat jenis dan tingkatan tahap antara sekolah. Di sana ada SBP (Sekolah berasrama penuh), MRSM, SMKA, Kolej/ Maktab dan sebagainya. Benda ni dapat kita tengok melalui peperiksaan dalaman yang dijalankan dalam sekolah-sekolah seperti itu. Pelajar SMK akan memandang soalan peperiksaan bagi sekolah SMKA agak sukar. Begitulah seterusnya. Pelajar SMKA memandang soalan peperiksaan di MRSM lebih sukar, dan begitulah buat MRSM yang memandang peperiksaan di SBP lebih sukar.

Kesukaran yang ada itulah yang membuatkan sesebuah institusi dipandang tinggi lagi berkualiti. Ternyata, SBP lebih dipandang tinggi berbanding MRSM. MRSM lebih dipandang berbanding SMKA dan begitulah setrusnya, dan seterusnya.
Pengalaman aku sendiri sebagai lulusan SMKA yang mana di waktu itu pelajar SMKA dipandang agak tinggi bebanding SMK biasa pun membuktikan MRSM dan SBP lebih dipandang tinggi walaupun syarat kemasukan antara ketiga-tiganya hampir bahkan sama. Ya, lepas PMR akan ada pelajar cemerlang di SMKA yang bertukar sekolah ke SBP, KISAS (Asrama Penuh) SMAP (Sekolah Menengah Agama berAsrama Penuh).

Begitulah permisalannya. Memandangkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam dipandang agak tinggi berbanding fakulti-fakulti komunikasi dan media (mass comm) di universiti-unversiti lain, maka seharusnya konsep taraf sekolah menengah yang saya contohkan di atas diguna pakai agar graduan yang dilahirkan di sana terjamin akan kualitinya.

Maaf jika tulisan saya ini bakal mengguris hati pensyarah berkenaan di samping membuatkan para pelajar yang tegar menyokongnya berasa tidak senang hati dengan saya. Syaa hanya meluahkan pendapat dan isi hati saya selaku graduan FKPM (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) UiTM Shah Alam. Tidaklah saya berbuat demikian melainkan kerana saya sayangkan institusi dan badan berkenaan.

Kata P. Ramlee: "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Dalam harapan saya agar pensyarah yang mendapat dukungan pelajar berkenaan mengubah pendirian agar mutu dan kualiti FKPM di mata fakulti-fakulti 'mass comm' Universiti Awam lain, saya juga mengharapkan agar perikatan pensyarah yang tidak sukakan pensyarah berkenaan juga tidak terlalu menekan pelajar atau begitu cerewet sehingga membebankan pelajar yang dalam pada sedang menyiapkan thesis penulisan ilmiah, masa mereka juga banyak dihabiskan sewaktu menjalani latihan praktikal.

Nasihat saya kepada para pelajar pula, hindarkanlah diri daripada menjadi batu api dalam perselisihan yang berlaku antara pensyarah-pensyarah tersebut. Kita mungkin boleh menyokong mana-mana pihak yang kita suka, namun janganlah terlalu menzahirkan kebencian kita sehingga tidak putus-putus mulut kita dalam mengumpat dan mengeji pihak atau pensyarah yang kita tidak sukakan itu.

وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"Dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (mayat)? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." [Al-Hujuraat ayat 12]

PS: Mungkin akan ada yang menyangka penulisan aku ini bakal memburukkan imej fakulti 'mass comm' UiTM Shah Alam. Namun tidakkah perkara ini jugalah yang sedang dilakukan oleh pensyarah yang mendapat dukungan dan simpati sebahagian besar pelajar di fakulti berkenaan?

Berkhidmat untuk ABATA,
Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
AKA Abu Afham.

UiTM universiti Melayu tercorot?

UiTM universiti Melayu tercorot?

Maaflah. Sekadar gambar hiasan. Sekadar gambar yang disunting (edit) menggunakan perisian Adobe Photoshop dan jubah tersebut bukanlah jubak istiadat konvokesyen milik UiTM.

Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
Kadang-kadang terfikir sejenak. Atas dasar apakah UiTM seakan dianggap antara universiti awam tercorot di dalam negara ini sehinggakan sangat kurang para lepasan SPM berkeinginan melanjutkan pengajian tertiari ke UiTM? Benarkah UiTM univerisiti tercorot untuk budak malas, lembap mahupun bodoh?

Adakah disebabkan bilangan pelajar universiti ini yang sangat banyak disebabkan mempunyai puluhan cawangan dalam negara? Adakah kerana syarat kemasukan ke sana yang tidak berapa ketat. Atau hanya sekdar universiti ini eksklusif buat Melayu dan Bumiputra dan yuran pengajiannya tidak setinggi yuran pengajian di univerisiti awam lain?

Ya mungkin UiTM masih belum diiktiraf sebagai APEX atau universiti yang menumpukan sepenuhkan kepada penyelidikan. Mungkin disebabkan itu UiTM tidak dilihat se-gah universiti lain. Hakikatnya pencapaian para pelajar UiTM bukanlah kepalang. Antaranya sebagaimana berlaku baru-baru ini bila mana pelajar UiTM merangkul kejuaraan debat antara universiti-universiti dunia hinggakan kelab debat pelajar UiTM diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia (no.2).

Begitu juga sebelum ini negara digemparkan dengan pencapaian graduan UiTM bernama Siti Aisah Kamarulzaman dalam Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang menduduki tempat ketujuh terbaik dalam dunia!

Menerusi pengalaman saya sendiri sebagai pelajar lepasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam, graduan bagi fakulti-fakulti berteraskan komunikasi dan pengajian media atau 'mass comm' sangat memandang hormat kepada lepasan mass comm UiTM Shah Alam. Ya pada mulanya saya memandang hal ini hanya sebagai mitos rekaan para pensyarah untuk menyedapkan hati para pelajar di fakulti tempat saya belajar bila mana dikatakan program 'mass comm' yang ditawarkan UiTM menduduki kedudukan teratas di antara sekian banyak universiti hinggakan graduan 'mass comm' UiTM menjadi rebutan para majikan yang mahu mengambil pekerja.

Perkara ini berlaku semasa kali pertama saya menghadiri temuduga meminta kerja. Ketika itu terdapat dua orang wanita bersama saya di ruangan menunggu untuk ditemuduga. Ketiga-tiga kami berasal daripada bidang yang sama iaitu komunikasi massa dan kewartawanan. Saya daripada UiTM manakala dua orang wanita itu masing-masing daripada UPM dan USIM.

Ketika saya memperkenalkan saya daripada UiTM, mereka kelihatan takjub sambil bertanyakan lebih banyak mengenai 'mass comm' UiTM. Ketika di bilik temuduga pun, salah seorang daripada dua panel penemuduga yang kebetulan mengenali ketua program kewartawanan di fakulti saya bersembang dengan rakan panelnya mengenai latar-belakang pengajian saya. Seingat saya antara keistimewaan yang dikatakan panel berkenaan adalah mengenai cara-cara penggunaan kamera rakaman video yang diajarkan kepada pelajar 'mass comm' UiTM namun tidak di fakulti 'mass comm' universiti lain. Alhamdulilah memang saya tahu dan pernah menggunakan kamera berdefinisi tinggi itu yang menggunakan 'tape' atau dipanggil 'rushes' semasa menjalankan projek akhir sewaktu di semester empat dan lima.

Itu baru satu cerita. Cerita kedua pula, salah seorang kenalan kerja saya juga lepasan UPM yang turut berkhidmat untuk rakan sekerjanya sewaktu dia menjalani latihan industri di UKM Bangi pernah meminta nombor telefon beberapa orang kenalan saya yang sudah lama dalam industri kewartawanan dan beberapa pensyarah bidang kewartawanan UiTM untuk bertindak selaku panel pengucap bagi program yang akan dianjurkan pihaknya. Tatkala saya bertanyakan kepadanya mengapa tidak sahaja pensayarah dari UPM atau UKM sendiri dijemput, maka dia turut menyatakan bahawa secara umumnya para pelajar 'mass comm', sama ada di UPM, UKM dan lain-lain universiti pun sangat menghormati pelajar atau fakulti 'mass comm' UiTM agar program yang dikatanya akan dianjurkan pihaknya itu mendapat sambutan hangat para pelajar fakulti 'mass comm' UKM.

Satu lagi perkara yang ingin saya persoalkan mengenai pandangan rendah terhadap UiTM adalah mengenai penguasaan bahasa Inggeris. Pada mulanya saya juga agak terkejut tatkala mendengar sendiri luahan beberapa kenalan saya mengenai bahasa pengantar yang digunakan dalam sesi pembelajaran di universiti-universiti tertentu. Merka menyatakan di sana masih banyak universiti-universiti awam yang masih menggunakan bahasa ibunda (Bahasa Melayu) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedangkan sudah begitu lama UiTM menetapkan dasar bahawa sebahagian program yang ditawarkan di universiti tersebut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar antara pelajar dan pensyarah (walaupun hakikatnya tidaklah sepanjang sesi pembelajaran kami 'speaking' English) melainkan sewaktu pembentangan dan sebagainya.

Walaupun saya mengetahui isu ini jugalah yang digunapakai untuk menunjukkan bahawa UiTM hanya 'cakap tak serupa bikin' bila mana kelihatan memperjuangkan bahasa asing (bahasa Inggeris) namun dalam masa sama mensyaratkan universiti tersebut khusus buat bangsa Melayu dan Bumiputra, namun ada relevennya dasar itu dipraktikkan iaitu supaya gradua-gradan UiTM lebih terkehadapan dalam menempuhi zaman bekerja yang memerlukan pekerja menguasai beberapa jenis bahasa selain bahasa ibunda khususnya bahasa Inggeris.

Ternyata di waktu sekarang, masalah penguasaan bahasa Inggeris menjadi penghalang bagi sesetengah graduan yang kurang menguasainya mendapat tempat di hati majikan.

Alhamdulillah sebagai seorang berbangsa Melayu dan lepasan UiTM, aku sudah tidak malu LAGI untuk mengaku sebagai anak lepasan UiTM. Jangan pandang kami sebelah mata. Itu sahaja yang kami harapkan selaku mahasiswa dan graduan UiTM.

Hasan Al-Banna menyebutkan: "Bangsa yang membangun perlu merasa bangga dengan bangsa mereka." Maka berbanggalah kita sebagai graduan atau pelajar UiTM bangi membangunkan semula identiti kita daripada ternoda dek perkataan dan tohmahan yang ditujukan kepada kita seperti "Budak UiTM tak laku", UiTM universiti tercorot kerana tiada persaingan dengan bangsa asing dan sebagainya.

Wallahua'lam.

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Pelajar lepasan UiTM Shah Alam dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.



Maaflah. Sekadar gambar hiasan. Sekadar gambar yang disunting (edit) menggunakan perisian Adobe Photoshop dan jubah tersebut bukanlah jubak istiadat konvokesyen milik UiTM.


Moga hadiah ini pencetus kejayaan hidup aku...

Moga hadiah ini pencetus kejayaan hidup aku...


Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Alhamdulillah. Dihadiahkan sendiri oleh penulis buku (baca: nota) ini daripada tuan Mejar (B) Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin. Dikatakan harga asal buku ini berharga RM100 walaupun ketebalannya hanya sebanyak 155 muka surat. Bagaimanapun sewaktu ingin membeli buku ini tadi, ianya dijual serendah RM15.






Ceritanya begini. Pada malam ini (09 Januari 2016) memandangkan malam minggu (Sabtu malam Ahad), sengaja aku ingin merayau ke sekitar kediaman sewa aku yang terletak di Bandar Baru Bangi. Maka memandangkan di kawasan berhampiran letakknya kompleks PKNS Bangi, maka aku pun merau di dalamnya sambil berhajat ingin mencari sedikit barang keperluan sebagai makanan simpanan.




Lalu saya pun 'terlalu' di hadapan booth tempat saya membeli buku tersebut. Asalnya saya tidak perasan pun penulisnya berada di situ. Namun sewaktu ingin membayar, barulah saya perasan kelibatnya. Sekilas pandang, terasa macam pernah melihat penulis ini. Oh ya, memang pernah! Sewaktu kolokium kritikan media ketika berada di semester lima Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam. Maka saya pun melihat kembali halaman depan buku ini, ternyata memang samaa rupanya.

Sewaktu menghulurkan duit kepada pembantu di booth berkenaan, aku sempat lagi bertanya kepada penulis buku tersebut. "Tuan kan penulis buku ini?" Maka dijawabnya: "Ya". Lalu dia mengusik aku yang sedang memakai baju yang membawa mesej perjuangan bangsa Melayu dengan perkataan: "ISMA". Aku pun sekdar senyum tanpa mengangguk. Kemudian setelah itu barulah aku bersuara kepadanya: "Saya rasa macam pernah tengok tuan. Tuan pernah pergi ke UiTM Shah Alam kan?" Ketika itu jugalah dia mengiyakannya sambil menyebut perkataan 'kolokium". Memang benarlah dia yang aku ketemukan setahun lepas.

Nak dijadikan cerita, selepas proses pembayaran dilakukan, pembantunya di booth berkenaan tersalah memulangkan baki kepada aku. Aku membayar dengan wang kertas RM100. Buku itu sebagaimana dinyatakan RM15. Namun baki yang dipulangkan kepadaku RM75 iaitu kurang RM10 daripada jumlah sepatutnya (RM85).

Kemudian aku pun kembali meminta lagi RM10 sambil pembantu kedai itu sendiri mengakui kesilapannya menghitung secara congak. Dia menyebut perkataan yang bunyinya lebih kurang: "Eh, seratus tolak lima belas bukan 75 eh?" Ternyata bukan kesilapannya dalam menyemak pulangan baki, namun kesalahan dalam pengiraan congak". Maka dengan perkataannya itu rasanya lebih meyakinkan bahawa aku berkata benar.

Sewaktu proses meminta baki sebenar itu, penulis buku ini turut serta dalam menyelesaikan kekhilafan yang berlaku. Pada masa itulah dia bertanya kepadaku: "Awak bagi berapa tadi?" Aku jawab: "seratus". Lalu dia menyuruh pembantunya mengeluarkan wang kertas RM100 yang aku bayar tadi dan meminta aku menyerahkan kembali pulangan baki itu tadi. Seterusnya dia berkata: "Okay sekarang begini. Awak bagi kembali duit baki tadi dan ambik duit seratus (100) yang awak bayar tadi". Tidak mengapa. Disebabkan kesilapan kami, saya hadiahkan buku ini kepada awak."

Pada mulanya aku menolak pelawan terbabit kerana aku seorang yang tidak suka makan budi orang lain. Namun penulis berkenaan seakan mendesak agar aku menerima pelawaan itu sebagai tanda memohon maaf. Orang kata "rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari". Aku pun lalu menerimanya sebagai hadiah dan mengucapkan "terima kasih tuan" di samping meyebut kepadanya" semoga Allah membalasnya (dengan kebaikan) tuan."

Sayangnya, aku tidak meminta penulis berkenaan 'autograf'' buku ini, mungkin kerana aku ketika itu berada dalam situasi mengejar masa; Masa untuk makan malam serta masa  sebelum operasi perniagaan bagi semua premis dalam kompleks PKNS Bangi berakhir.

Siapa kata tipu harga buku sebegini mencecah ratusan ringgit? Aku akui memang benar kerana pada asalnya buku-buku atau nota-nota sebegini bersifat 'limited edition' yang hanya boleh didapati apabila menghadiri ke seminar-seminar tertentu. Kebiasaanya pula untuk menghadiri seminar-seminar sebegini bayaran yang dikenakan mencecah ratusan ringgit, atau paling tidak pun selalunya menjangkau RM400 ringgit untuk seminar berdurasi 2 hari. Saya mengetahui hakikat ini kerana sebelum bekerja saya menjalani 'internship' di syarikat-syarikat sebegini iaitu syarikat yang mengendalikan program-program latihan (training) sama ada bersifat dalaman (in-house training) mahupun luaran (awam) atau publik.

PS: Semoga peristiwa malam ini adalah pencetus untuk aku bergelar seorang usahawan berjaya, sebagaimana majikan aku sekarang. Moga hadiah ini pencetus kejayaan hidup aku, sebagaimana majikan aku sekarang. Allahumma ameen.





Aku Melayu takkan mintak kerja dari syarikat Cina!

Aku Melayu takkan mintak kerja dari syarikat Cina!

Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri 
 
Kita orang Melayu jadi mundur sebab 'mind-set' kita sudah tertanam dalam hidup bahawasanya kita nak sentiasa bekerja di bawah syarikat-syarikat tertentu, asalkan kita memperoleh gaji setiap bulan. Lebih teruk ada di kalangan kita yang terlalu mengimpikan bekerja di sektor awam (kerajaan) kerana memikirkan segalanya terjamin di situ bahkan dalam konteks pemecatan kerana salah laku. Penjawat awam sangat susah dibuang kerja (dipecat). Paling 'busuk' pun hanya ditukarkan tempat dan kedudukan jawatan sahaja.

Apa yang boleh kita lihat hari ini, begitu banyak syarikat yang didirikan oleh kaum Cina yang memang terkenal sejak sekian lama memegang penguasaan ekonomi di negara ini. Sebahagian besar dari kaum Cina ini pula hanya akan mengambil pekerja-pekerja mereka sama ada dari kalangan kaum kerabat sendiri ataupun kaum sebangsa mereka. Namun ada juga yang bertindak mengambil pekerja bawahan dari kalangan bangsa lain terutama orang Melayu (itu pun dengan syarat orang Melayu itu tahu serba sedikit berbahasa Mandarin.

Apabila saya lihat situasi sedemikian berlaku, aku rasa hiba hingga memikirkan sampai bila orang Melayu berada di bawah kongkongan Cina dari sudut ekonomi? Bila disebut "Cina", aku tidak memaksudkan semangat kebangsaan semata-mata namun secara realitinya sebahagian besar daripada kaum Cina adalah beragama sama ada Kristian mahupun Buddha.

Ini bukan rasis. Nabi s.a.w. juga menjuluki agama Kristian sebagai bangsa Romawi (Rom), agama Majusi sebagai bangsa Parsi, agama Yahudi sebagai bangsa Israel dan sebagainya walaupun dimaklumi bukannya semua yang berbangsa sebagaimana di atas menaganut agama-agama yang ditunjukkan tadi. Jadi, apabila saya menyebut perihal kaum atau bangsa Cina khususnya di Malaysia sekarang, saya tidak merujuk semata-mata atas dasar kebangsaan itu, sebaliknya merujuk kepada agama yang dianuti oleh mejoriti daripada kaum Cina tersebut.

Saya ada seorang kawan yang bekerja di bawah syarikat milik kaum Cina yang berpusat di Lembah Klang. Dia ada menceritakan kepada saya bagaimana majikannya yang berbangsa Cina dan beragama BUKAN Islam cuba perlahan-lahan menarik atau mengajaknya supaya menuruti gaya hidup yang tidak menepati Islam seperti berhibur di kelab malam dan berpesta arak walaupun Alhamdulillah sementara dia disuruh cuba mencari pekerjaan lain, dia menyatakan bahawa dirinya masih bertahan daripada menuruti ajakan setan majikannya itu.

Inilah yang saya ingin perkatakan. Orang Melayu yang diikat dengan agama Islam mesti ubah pengaturan minda (mind-set) mereka daripada rela selamanya berada di bawah  orang lain khususnya apabila di bawah penguasaan orang Kafir. Alhamdulillah saya sudah tamat belajar di peringkat ijazah sarjana muda pada Julai 2015 dan berjaya memperoleh pekerjaan walaupun masih belum bergraduasi. Namun disebakan terciptanya beberapa halangan, saya mengambil keputusan untuk mencari kerja lain. Dalam pada itu, saya tanamkan di minda saya bahawa pada akhirnya saya ingin bergelar seorang usahawan yang mempunyai syarikat dan empayar perniagaan sendiri. 
 
Sementara mencapai impian saya itu, saya tekadkan keazaman untuk mencari kerja di bawah syarikat milik Melayu-Bumiputra dan Islam. Saya sekali-kali tidak akan meminta jawatan kepada syarikat yang dimiliki bangsa asing apatah lagi  yang menganuti agama SELAIN Islam. Pada saya bukannya tiada kes di mana pekerja beragama Islam dihalang daripada melakukan ritual agama seperti solat, solat Jumaat, puasa dan sebagainya oleh majikan mereka BUKAN beragama Islam. Paling tidak pun, mungkin situasi sebagaimana rakan saya yang diterangkan sebelumnya bakal terjadi kepadasaya apabila majikan yang non-Muslim itu cuba menyuntik 'jarum-jarum' halus bagi menjauhkan kita daripada agama. 
 
Saya menyeru kepada kaum sebangsa dan seagama saya supaya jangan terlalu mengimpikan pekerjaan yang selamanya akan meletakkan kita di bawah atau zon selesa. Jangan harapkan ingin bekerja di sektor kerajaan kerana berfikir akan senang 'curi tulang' daripada melaksanakan tugas dan jangan pula selamanya  mengharap kepada gaji tetap yang diperoleh saban bulan. Ubah perspektif kita daripada ingin selamanya berada di bawah kepada ingin menjadi oraang atasa atau 'boss' yang memiliki perniagaan sendiri. Bahkan siapa yang dapat menafikan kelebihan berniaga sebagaimana yang 'orang agama' selalu sebut sebagai "9 daripada 10 kebaikan datang daripada (aktiviti) perniagaan" walaupun ianya bukanlah hadith yang sahih untuk disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.

Walaubagaimana pun, Rasulullah s.a.w. ada bersabda dalam satu hadith sahih:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ
"Tidak ada seseorang pun yang memakan satu makanan yang lebih baik daripada makanan hasil usaha tangannya sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud A.S memakan makanan dari hasil usahanya sendiri".
[H.R. Al-Bukhari daripada Al-Miqdam r.a] 

Bahkan siapa masih dapat manafikan bahawa asas kepada syarikat-syarikat termasuk syarikat milik kerajaan mana sekalipun di dunia ini adalah berasaskan kepada perniagaan iaitu mencari keuntungan. Alhamdulillah sewaktu aku dalam latihan industri serta di waktu bekerja sekarang, kedua-dua majikan aku menekankan konsep keusahawanan di mana mereka sangat berharap supaya setiap dari kalangan pekerja mereka ada keinginan untuk bergelar usahawan sama ada usahawan industri kecil dan sederhana mahupun besar. Memang betul bukan semua orang mampu membuka empayar sendiri. Mana yang mampu, berusahalah membina empayar syarikat sendiri. Mana yang masih kurang mampu, jadikanlah peniagaan kecil-kecilan sebagai jalan menjana pendapatan pasif sampingan di samping bekerja makan gaji. Paling tidak pun perniagaan kecil itu nanti dapat diwariskan kepada zuriat keturunan generasi selepasnya yang mana jika ia diuruskan dengan baik, perniagaan itu akan berkembang biak menjadi syarikat besar. Mungkin pada masa itu barulah bangsa kita dapat merampas semula hak kita dari sudut ekonomi yang selama ini penjajah British berikan sepenuhnya kepada bangsa asing iaitu Cina (non-Muslim)!
 
Wallahua'lam.



Mengapa aku tinggalkan Wahhabi?

Mengapa aku tinggalkan Wahhabi?

Antara perangai 'busuk' "Wahhabi":

Bila ustaz-ustaz "Wahhabi" dibawa oleh TV Al-Hijrah ke udara (live)/ on-air, mereka memuji-muji TV Al-Hijrah. Dikatakan empayar 'sunnah' semakin melebarkan sayap di Malaysia.

Namun apabila TV Al-Hijrah mempertontonkan rancangan yang mereka tidak suka seperti 'konsert' Yabanana, kemunculan tokoh yang disifatkan mereka sebagai "Ahli Bid'ah", rancangan yang mensajikan upacara bid'ah kaum penyembah kubur dan sebagainya, mereka pula yang kuat mencerca TV Al-Hijrah.

Perkara sama turut terkena buat JAKIM. Apabila Fatwa-fatwa yang dikeluarkan JAKIM mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan yang mana dilihat fatwa itu mendatangkan kepentingan kepada mereka, mereka memuji institusi itu tinggi menunggung. Namun apabila keluarnya fatwa-fatwa yang tidak memberati kelompok dan kepentingan mereka, mereka jugalah yang kuat mencaci, dan menghina institusi-institusi tersebut.
Persoalannya, di mana akhlak 'Sunnah' yang dilaung-laungkan?

LABEL-MELABEL

Orang Wahhabi atau Salafi  ni selalunya akan marah melenting bile adaorang label dia Wahabi. Dia marah orang label dia Madkhali (khususnya Salafi yang dikatakan menjadi benteng kezaliman pemerintah). Dia marah orang label dia Salafi Maksum (Mungkin mereka dapat label ini kerana gemar menyindir pelaku dosa). Dia marah orang label dia Salafi-Hizbi-UMNO. Dia marah orang label dia penjilat. Dia marah orang label dia pengampu pemerintah.

Tapi mereka label orang Hizbi (berpuak) takpa pulak? Mereka label orang Khawarij anjing neraka takpa pulak? Mereka label orang Sururi (Sururi ni lebih kurang macam Salafi jugak lah tapi mereka ni dikatakan gemar mengkritik pemerintah) takpa pulak? Depa label orang Ikhwani (Anggota jemaah atau ahli usrah Ikhwanul Muslimin) takpa pulak? Dia label orang Ahbsah takpa pulak (Tapi yang pasal Ahbash ni aku setuju jugak lah Wahhabi label depa sebab Ahbash ni pun boleh dikatakan terlebih ekstreme dalam mengkafirkan umat Islam). Dia label orang sebagai Syiah takpa pulak walaupun takda bukti tsabit. Dia label orang tak sependapat sebagai 'sakit', sewel lagi gila takpa pulak.

Wahhabi ni biasanya sibuk nak orang terima dia sebagai Ahli Sunnah, sedangkan mereka sendiri kuat mengeluarkan orang daripada lingkungan Ahli Sunnah. Puak-puak Salafi-Wahhabi ni kebanyakannya sibuk mencanangkan kepada masyarakat awam supaya menerima mereka sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) khususnya tatkala mereka mengungkapkan kalam atau nukilan ulama-ulama Asya'irah mengenai golongan atau pergerakan mereka sebagaimana perkataan ulama-ulama Deobandi, ulama-ulama semisal Wahbah Zuhaili, asatizah tempatan semisal Ustaz Aizam Mas'ud, Maulana Asri Yusof dan sebagainya.

Namun sejurus masarakat awam telah menerima mereka sebagai cabang aliran dalam ASWJ, percayalah, bahawa mereka pula yang akan dikeluarkan dalam lingkungan Ahli Sunnah oleh golongan ini, seolah-olah mereka sahajalah Ahli Sunnah Tulen lagi Sejati.

KESIMPULAN: APA PENDIRIAN RASMI AKU MENGENAI SALAFIYAH (Atau Wahhabi) DAN AL-ASYA'IRAH?

Aku menganggap kedua-duanya tidak lebih daripada sekadar aliran mazhab dalam Ahli Sunnah wal Jamaah. Sebagaimana mazhab-mazhab feqah dalam Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Hanafi, maliki, Syafie dan Hanbali serta selainnya, tiada satu pun mazhab yang dapat dianggap sebagai maksum, bebas daripada salah dan kesilapan dalam ijtihad.

Begitu jugalah dengan mazhab Salafiyah dan Asya'irah wal Maturidyah. Sifat 20, dan pembahagian tauhid kepada tiga (Uluhiyah, Rububiyah serta Asma' wa Sifat) hanya sebagai sarana atau wasilah untuk manusia mengenali Allah sebagaimana mazhab-mazhab feqah yang muncul untuk memudahkan manusia beribadah dan beramal dengan agama.

Biarpun Islam secara hakikatnya tidak mengiktiraf kewujudan kelompok-kelompok atau pecahan mazhab memandangkan mazhab-mazhab samaada mazhab feqah mahupun mazhab aqidah masih belum wujud pada zaman Rasulullah s.a.w, namun insyaAllah tiada siapa pun di kalangan orang yang menyandarkan diri bermazhab Salaf (sering juga disebut sebagai Salafi atau "Wahhabi") yang mengatakan bahawa mereka yang bermazhab dengan hanya satu mazhab feqah sahaja adalah sesat lagi menyesatkan.

Sebaliknya kebanyakan dari kita menganggap bahawa mazhab feqah itu hanya sebagai pemudah cara untuk manusia beramal dalam agama tanpa kita menganggap bahawa Imam Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris dan Ahmad bin Hanbal bersalah, sesat dan seumpamanya kerana mengada-adakan sesuatu iaitu mazhab yang belum pernah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.

Justeru, pendirian rasmi aku iaitu Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri adalah:
Aku menganggap bahawa Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah mempunyai dua cabang (furu') utama dalam memahami permasalahan aqidah iaitu Al-Asyairah atau secara lazimnya disebut Ulama' Khalaf dan As-Salafiyah atau Ulama' Salaf di mana aku menganggap kedua-duanya hanya sebagai aliran mazhab dalam menuju satu tujuan yang sama iaitu mengenal pencipta.

Jika puak Salafi boleh menyeru orang ramai supaya menjauhi sikap fanatik atau taasub terhadap mazhab atau aliran dalam feqah (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali), mengapa mereka tidak boleh berkelakuan sama dalam menghadapi polemik aliran atau mazhab dalam furu' Aqidah? Apakah mereka ini fanatik dengan pembawaan mereka semata-mata hingga dengan mudah menyesatkan golongan yang tidak bersama-sama dengan mereka biarpun mejoriti ulama' Islam di dunia sekarang ini menyandarkan diri mereka bermazhab Al-Asya'irah termasuk Syaikh Wahbah Az-Zuhaili Rahimahullah?

Peliknya, dalam menangani ancaman golongan Al-Ahbash, pandai pula golongan Salafi sebegini mengangkat Syaikh Wahbah Zuhaili menerusi rakaman video yang selalu mereka kongsikan di laman Facebook mereka biarpun dengan terang Syaikh Wahbah wafat dalam keadaan dirinya bermazhab Al-Asya'irah.

Sama juga perkara ini tidak hanya ditujukan buat golongan Salafi, malah turut ditujukan buat golongan Al-Asy'ari yang melampau dalam melebih-lebuihkan aliran dan mazhab mereka sehingga menyesat bahkan mengkafirkan golongan Salafi yang dibilang mereka sebagai 'Wahhabi".

NASIHAT BUAT YANG BERKAWAN DENGAN 'SALAFI '

Sebagaimana yang saya terangkan di atas, berhati-hatilah berkawan dengan golongan Salafi yang etah-berantah ni. Anda akan disanjung, dianggap teman sahabat ana-akhi-akhawat saudaraku bila anda membela golongan atau hizb mereka.

Namun andai terjadi perselisihan di antara anda dan mereka, anda akan dilabel sebagai GILA, BIPOLAR, SKIZOFERNIA dan seumpamanya. Mereka ini hanya pandai pung-pang-pung-pang di Facebook, lebih layak digelar sebagai Syaikh Muka Buku. Namun di alam realiti, mereka tidaklah segah mana. Bertemu pun tidak bersapa apatah lagi menyampaikan salam. Sebahagian daripada mereka amat memandang berat soal iktilat (percampuran antara lelaki dan wanita bukan mahram) apabila membicarakan hal demonstrasi. Namun realitinya ikhtilat sesama mereka di alam maya khususnya di laman Facebook ini bukan kepalang.

Mereka bebas berbalas komentar, bermesra-mesraan, 'smiley-emo cation' dengan ajnabiyah. Sebahagiannya pula bebas berchatting secara personal dengan ajnabiyah (mereka yang halal dikahwini) walaupun mengatasnamakan alasan perbincangan ilmu yang perkara itu pun boleh sahaja dibincangkan dengan kawan sejantina.

Pada membicarakan hal-hal seperti muzik, bertawasul dan sebagainya mereka pandai pula membuka kitab karangan Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah berjudul Talbis Iblis (Belitan dan Tipu Daya Iblis) namun apabila timbul soalan iktilat alam maya sebagaimana diterangkan di atas, mereka diam seribu bahasa. Mengapa alasan "Talbis Iblis" tidak digunapakai sebagaimana mereka membicarakan perihal ikhtilat di kala demonstrasi.

Paling membingungkan, mereka menganggap siapa sahaja ilmuan yang tidak bersama mereka dalam manhaj Salaf mereka sebagai terkeluar daripada Ahli Sunnah wal Jamaah, Khawarij, Hizbi dan seumpamanya. Ironinya, ilmuan-ilmuan daripada kalangan mereka pula menjulang tinggi beberapa ilmuan atau ulama' daripada aliran Al-As'ari (Al-Asya'irah wal Maturidyah) sebagai tokoh umat yang telah banyak berjasa pada ummah. Mereka termasuklah Al-Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan ulama' kontemporarai yang baru sahaja wafat pada tahun ini iaiatu Syaikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Sekiranya dikatakan Ibnu Hajar dan An-Nawawi sebagai 'pure' Ahli Hadith atau Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut acuan mereka, An-Nawawi dan Ibn Hajar juga dalam sebahagian hal cenderung dan bersetuju dengan pemahaman golongan Al-Asya'irah khususnya dalam memahami asma' dan sifat Allah.

Kalau Sifat 20 yang dicanang Al-Asya'irah wal Maturidiyah diperkenalkan kira-kira 300 tahun selepas Rasulullah s.a.w. wafat, konsep Tauhid Tiga Serangkai (Tauhid Uluhiyah, Rububiyah dan Asma' Wa Sifat) yang dipelopori golongan yang mekakai jenama "Salafi" pun hanya mula diperkenalkan kira-kira 200 tahun selepas Rasulullah s.a.w. wafat oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebelum melalui proses pembaikan di zaman Ibnu Taimiyah iaitu kira-kira 700 tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w..

Buat sebahagian daripada mereka yang dilihat cenderung kepada pemerintah, pemimpin negara bagi mereka harus dimaksumkan. Anda akan dibilang sebagai Khawarij walaupun anda hanya melampirkan nas-nas sama ada berupa ayat Al-Quran mahupun Al-Hadith dalam membicarakan ancaman yang bersumberkan dari wahyu terhadap para pemimpin yang zalim, korup dan sebagainya walaupun anda tidak secara jelas menujukan tulisan yang dilampirkan itu kepada mana-mana pemimpin.

HATI-HATI DAN BERWASPADALAH DALAM BERGAUL DENGAN SALAFI PICISAN-PICISAN SEBEGINI YANG MANA MEREKA INI PADA HAKIKATNYA TIDAK BERGURU PUN SECARA LANGSUNG DENGAN ILMUAN-ILMUAN SALAFI. ILMU YANG MEREKA CEDOK HANYA SEBATAS DARIPADA POST-POST RAKAN-RAKAN FACEBOOK SESAMA MEREKA ATAUPUN DENGAN HANYA MENONTON MENERUSI YOUTUBE. MUNGKIN DISEBABKAN ITULAH MEREKA INI HAKIKATNYA KEDANGKALAN AKHLAK DALAM MENJALINKAN SILATURAHIM SESAMA MANUSIA KHUSUSNYA ORANG ISLAM.


PEACE NO WAR.

 PS: Aku bukan lagi Wahhabi, Aku bukan Sufi, Aku bukan Ahbash. Aku seorang Muslim, Aku beragama Islam.
[BERITA] Najis pada Al-Quran- Netizens diseru boikot Alvin Tan

[BERITA] Najis pada Al-Quran- Netizens diseru boikot Alvin Tan

Berita Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Pengguna laman sosial (netizens) digesa memboikot laman Facebook Page milik blogger seks kontroversi Alvin Tan dengan cara menarik diri daripada terus mengikuti (following) atau 'like'  mahupun berkongsikan apa-apa jua kenyataannya yang bersifat menghina Islam.

Dalam satu status yang dimuanaik personaliti televisyen Imam Muda Hilal yang kian menjadi viral di laman sosial, Hilal berpendapat kecaman serta ugutan bunuh atau membahayakan yang dilontarkan melalui komen rakyat Malaysia  di page berkenaan dikatakan dapat menjadi penyebab kerajaan Amerika Syarikat meneruskan perlindungan suaka politik yang diterima Alvin pada masa ini.

Dakwaan Hilal itu dikatakan diterima olehnya melalui seorang kenalannya yang sedang menuntut di Amerika Syarikat.

Menurutnya lagi, dalam tempoh beberapa bulan seseorang penerima suaka politik di bawah kerajaan Amerika Syarikat perlu mendatangkan bukti bahawa nyawanya benar-benar terancam sekiranya dia pulang ke negara asal bagi melayakkannya terus menerima suaka politik.

"Justeru apabila dia (Alvin) melakukan pernyataan sebegini yang mencetuskan api kemarahan umat Islam di Malaysia sehingga terdapat segelintir rakyat Malaysia melontarkan komen berupa ugutan bunuh dan sebagainya, perlindungan suaka masih dapat diteruskan.


Jadi apabila permohonan suaka politiknya ditolak setelah ketiadaan ancaman rakyat Malaysia beragama Islam yang memboikot dan tidak mengendahkan segala provokasinya (Alvin), maka senanglah kerajaan Malaysia memebawanya pulang ke Malaysia untuk dibicarakan," demikian maksud daripada status Hilal yang dimuat naik berkenaan.

Status Imam Muda Hilal yang kian menjadi viral di laman sosial


Sementara itu seorang pengguna media sosial yang hanya dikenali sebagai Zulsyamini Sufian turut melontarkan pendapat serupa melalui status yang dimuatnaik olehnya.

"Si Alvin ni macam Syaitonir Rajiim psikologinya. Bagaimana ingin bermain psikologi dengan mamat saiko ni? Senang sahaja . Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w. melarang kita mencela syaitan. Hadithnya berbunyi:

Dari Abu Malih, dari seorang lelaki, dia berkata:
 "Aku membonceng Nabi s.a.w.. Tiba-tiba binatang tunggangannya tergelincir. Aku berkata: "celakalah Syaitan" Nabi pun berkata: "Janganlah kamu katakan "celakalah syaitan" kerana jika engkau berkata sedemikian, Syaitan itu akan membesar hingga seperti rumah dan berkata: "demi kekuatanku". Melainkan ucapkanlah bismillah (dengan nama Allah) kerana jika engkau ucapkan itu (bismillah), maka Syaitan akan mengecil hingga seperti lalat." [Riwayat Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani no.4982]

Maka saya katakan. Bertenanglah dalam menhadapi sifat Syaitan Alvin Tan kerana makin kita layan dia dengan perkataan buruk dan makian, maka dia akan semakin megah dan berasa angkuh lagi besar malah memperhebatkan lagi sikap syaitannya itu. Sebaliknya, ucapkanlah: "Bismillah", agar dirinya berasa sekecil ulat taik yang baru nak membesar menjadi lalat.

Maka berhenti membalas kata buruk kepada dia atau dia akan lebih membesarkan diri dengan terus-menerus melakukan provokasi terhadap umat Islam. Ucapkanlah BISMILLAH," ujarnya.

Status yang dimuat naik Zulsyamini Sufian



[Kekurangan tinggal di KONDOMINIUM]

[Kekurangan tinggal di KONDOMINIUM]

 Oleh: Zulsyamini Sufian

Saya pernah tinggal di kuarters kerajaan, dan saya juga pernah tinggal di dalam bunglow satu tingkat (InsyaAllah akan datang menjadi dua tingkat). Saya juga pernah merasa hidup di rimah 'flat' (pangsapuri) dan saya juga pernah hidup di rumah apartment bertaraf kondominium.

Pada mulanya memang 'excited' ingin menetap di kondominium. Sejak kecil saya berasa kagum melihat orang yang tinggal di kondominium. Maklonglah. 'Security'-nya terjaga, gimnisium (gym) ada, kolam renang pun ada. Harga kondom pun jangan ceritalah sehingga ada kalanya lebih besar berbanding harga bunglow setingkat yang ada di kawasan luar bandar.

Namun ada satu perkara yang saya lihat begitu kurang pada kondo. Masalah 'parking'. Tahukah anda bahawa untuk seunit kondo, kawasan parkir yang diberikan hanya sekadar satu petak parkir dan sekiranya anda mahukan lebih daripada itu, anda perlu menyewanya dengan bayaran mencecah RM100 bagi sebulan? Bayangkan jika unit kondom itu dijadikan bilik sewa di mana lebih daripada tiga penghuni rumah yang menyewa bilik di dalam kondo itu mempunyai kereta secara berasingan.

Itu belum lagi jika ingin adakah keraian seperti kenduri kahwin, doa selamat dan sebagainya di rumah kondo itu. Bayangkan sekiranya keluarga kita memang terbiasa dengan budaya kampung di mana segala keraian selalunya diadakan di rumah sendiri di samping menjemput saudara-mara.

Bercakap fasal kolam renang. Hakikatnya kolam renang yang terdapat di kondominium dan juga hotel-hotel bertaraf tiga bintang ke atas tidaklah seseronok mana bagi seoramng dewasa. Ini kerana kedalamannya tidak lebih daripada 1.25 meter. Menyelam pun tak puas, jangan kata berenang, terjunan dan belajar apungan, lagilah. Saya memahami releven kedalam kolam itu, iaitu bagi menghindari insiden lemas khususnya bagi kanak-kanak dan orang yang tidak tahu berenang.

Secara peribadinya, kedalaman dua meter baru cukup bagi saya untuk melakukan semua itu. Apapun, keseronokan di situ hanya ada pada suasana tenang di sekitar kolam renang itu bila mana melihat ibu bapa membawa anak-anak mandi bersama. JIka hanya ketenangan yang dicari, mengapa tidak sahaja saya pergi ke kawasan-kawasan sunyi seperti dengan mendaki gunung meredah hutan atau di anak sungai, pantai atau air terjun?

Ya, semua benda ada kelebihan dan kekuranganya. Mana-mana pun tetap bersyukur. Erti kata kalau nak tinggal di kondo kene lebih berbelanja bukan sekadar waktu membeli atau menyewa tetapi setiap bulan juga apabila boleh dikatakan semua kemudahan yang disediakan di situ harus dibayar.
[DIARI] Aku gapai cita-cita bergelar penulis.

[DIARI] Aku gapai cita-cita bergelar penulis.



Alhamdulillah sesudah lima hari saya berada di Bangi, langsung tidak saya membuka 'video games' yang ada di dalam 'laptop' saya. Ini bermakna saya sedang sedaya-upaya cuba mengurangkan ketagihan lagi menjauhkan diri daripada melayani dunia fantasi yang tersedia di dalam permainan itu lalu memberi ruang kepada saya untuk memulakan penulisan manuskrip buku pula.

Maklumlah, tugas saya setelah ber'hijrah' ke Bandar Baru Bangi adalah  bagi bertindak sebagai 'ghostwriter' (penulis bayangan) bagi diri seseorang yang boleh dikatakan agak dikenali di Malaysia. Justeru, tidaklah mahu saya menulis hanya semata-mata bagi pihak orang lain untuk menaikkan lagi nama serta penghormatannya lalu saya pula yang terus-menerus memencilkan reputasi diri sendiri.

Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan kepada khalayak dengan siapakah saya bekerja kerana di samping ingin menjaga 'privacy' majikan saya itu, ia juga sebagai langkah 'play safe' bagi diri saya sendiri seandainya reputasi saya sepanjang bekerja dengannya tidak mencapai apa yang diharapkan oleh beliau. Dengan itu, sukanya ingin saya katakan bahawa saya diberi peluang selama enam bulan bagi tempoh percubaan dalam berkhidmat kepadanya. Andai reputasi saya baik, maka saya akan diambil untuk terus bekerja dengannya. Seandainya tidak, maka panjanglah ceritanya nanti.

Walaupun hanya akan memulakan kerjaya pada esok hari (20 Ogos 2015), namun secara amnya saya agak berminat dengan tawaran bagi bidang ini. Sudah lama saya mengidamkan untuk menjadi seorang penulis (baca: penaip), dan sudah lama juga saya menyatakan bahawa walaupun saya mengambil kurusus kewartawanan, namun cita-cita sebenar saya bukanlah menjadi seorang wartawan/ pelapor biarpun hakikatnya deskripsi tugas yang sudah diterangkan oleh majikan saya ada juga yang berkaitan selok-belok kewartawanan.

Ia termasuklah menulis artikel rencana bagi pihak dirinya, mengambil alih tugas wartawan luar yang ingin menemuramah dirinya bagi dijadikan berita di mana saya sendiri yang akan 'deal' bersama rumah media bagi menghantar pendapatnya itu dalam bentuk berita, dan sebagainya. Apapun sebagai penulis, sudah tentu kerjaya ini lebih banyak bersangkutan dengan bidang penerbitan (publishing) di mana ianya adalah subjek minor yang saya ambil sepanjang pengajian di peringkat sarjana muda selama tiga semester berturut-turut.

Tambahan pula sewaktu menjalani latihan industri (practical training) di Akademi Penulis, saya juga banyak didedahkan dengan beberapa ilmu yang berkait dengan penerbitan seperti proses terbit sendiri, penerbitan secara digital, strategi menarik minat pembaca, proses mengupah editor dalam penerbitan sendiri dan sebagainya, langkah mencari penerbit yang bersesuaian dengan tema manuskrip dan sebagainya.

PS: Tiba-tiba aku berangan ingin menjadi sebagaimana watak Adam dalam drama bersiri AdaMaya terbitan TV3 suatu ketika dahulu. Di samping itu aku juga ada berangan ingin menjadi seperti Kudou Yusaku, salah sebuah watak dalam siri anime Detective Conan yang bergelar novelis (penulis novel) bergenre misteri terkenal di mana beliau adalah ayah kepada detektif sekolah tinggi terkenal, Kudou Shinichi  Tapi apaun sebenarnya aku rasa aku ni dah jadi macam kes Sherlock Holmes dengan Dr. John Watson je sebab sebagaimana dalam siri novel Sherlock Holmes, novel itu ditulis secara 'first-person view' dalam bentuk naratif bagi diri Dr. Watson. Apapun, ianya adalah terbalik dengan situasi aku sekarang bila mana Dr. Watson lah yang memiliki ilmu berkaitan kedoktoran, sedangkan aku menulis untuk seorang pengarah hospital swasta. (Teeeet).

Oleh: Muhamamd Zulsyamini Sufian Suri

[DIARI] Nak ambik MASTER atau tak? KUIS Bangi?

[DIARI] Nak ambik MASTER atau tak? KUIS Bangi?


Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri

Sejurus saya mendapat tawaran bekerja di Bangi pada dua minggu lepas, keesokannya saya menerima emel daripada sebuah syarikat perunding kewangan Islam yang menyatakan bahawasanya saya dipelawa untuk menghadiri temuduga (interview) dan sesi taklimat bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka yang terletak di Alor Star, Kedah sebagai perunding kewangan Islam.



Mungkin mereka berminat setelah membaca butiran mengenai diri saya dalam 'resume' yang saya lampirkan kepada mereka melalui emel.

Bagaimanapun memandangkan saya telah berjanji akan bekerja di Bangi, maka pelawaan bekerja di Alor Star itu pun terpaksa saya tolak.

Ingin dijadikan cerita, pada hari ini (17 Ogos 2015) saya ada juga terfikir untuk menyambung pengajian saya di peringkat sarjana (master). Saya pun cuba melakukan tinjauan atas talian dan saya dapati terdapat beberapa institut pengajian tinggi yang ada di sekitar Bangi.

Bagaimanapun memandangkan saya juga telah diterima bekerja (InsyaAllah akan memulakan kerja pada Khamis ini memandangkan majikan saya terpaksa bekerja di luar pejabat (outstation)), maka terpaksalah saya menggunakan mod separuh masak (pengajian jarak jauh atau pengajian luar kampus).

Antara yang menarik perhatian saya adalah program 'master' separuh masa yang ditawarkan oleh Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang juga terletak di Bangi, kira-kira 15 kilometer daripada tempat saya menyewa rumah dan bekerja. Program yang saya maksudkan adalah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Mu'amalah) dengan syarat kemasukan memperoleh 'pointer' (CGPA) tidak kurang daripada 2.50 sewaktu bergraduasi. (Rujuk: http://www.kuis.edu.my/v3/pentadbiran-perniagaan-muamalah).

Jika dilihat kepada pembiyaan sepanjang pengajian separuh masak itu, jumlahnya hampir sama dengan jumlah pinjaman PTPTN yang saya lakukan sepanjang pengajian di peringkat Sarjana Muda (Degree), iaitu kira-kira RM 19k. Ini bermakna sekiranya saya memohon pinjaman PTPTN bagi pengajian di peringkat 'master' ini, maka jumlah yang akan saya terima pada setiap semester cukup-cukup untuk membiayai yuran pengajian iaitu sebanyak kira-kira RM3250.00.

Di samping itu, KUIS juga ada menawarkan program sarjana Syariah (Pengurusan) yang juga menyediakan mod pengajian separuh masak dengan sayarat kelayakan yang hampir sama sebagaimana program sarjana Pentadbiran Perniagaan di atas. (Rujuk: http://www.kuis.edu.my/v3/syariah-pengurusan). Walaupun agak berminat dengan keagamaan, namun tidak mahuah nanti saya dikatakan mengambil jalan 'ekspress' untuk bergelar ilmuan agama. Jadi, lebih baik saya menceburi bidang kewangan sebagaimana pekerjaan yang ditawarkan kepada saya sebelum ini yang kemudiannya saya tolak

Jadi, nak ambik master atau tak ye?
[BERITA] DNA Lembu: Blogger bela dakwaan Fatimah Syarha

[BERITA] DNA Lembu: Blogger bela dakwaan Fatimah Syarha

 Berita oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri


Seorang personaliti yang dijemput untuk memberikan syarahan agama melalui program televisyen dikecam ramai pengguna media sosial (netizen) berhubung kenyataannya yang dikatakan dapat mengguris perasaan ramai ibu.

Dalam rancangan Fiqh Wanita yang disiarkan TV3,  Fatimah Syarha Mohd Noordin yang amat dikenali sebagai seorang novelis novel-novel berunsur keIslaman ditemplak ramai netizen disebabkan pernyataan beliau yang mendakwa bahawa bayi yang disusukan dengan susu lembu berbading susu ibu bakal mewarisi sifat-sifat serta akhlak yang ada pada lembu apabila DNA lembu akan menjadi sebahagian daripada darah daging bayi itu.

Sebahagian netizen mula mempersoalkan bagaimana pula bagi ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan penyusuan badan yang sepatutnya diberi kepada bayi mereka khususnya apabila bertembung dengan beberapa hal seperti ketidakupayaan menghasilkan susu, kesihatan ibu terjejas dan sebagainya.

Reaksi sama turut didukung oleh pernyataan daripada seorang pelajar jurusan Pengajian Islam dan Sains (Gentik dan Biologi Molekul) Universiti Malaya, Syahira Rozami melalui status Facebook yang dimuat naik olehnya.

Antara kandungan yang ditulis melalui status yang mendapat sebanyak 4522 sukaan (like) dan 1685 perkongsian (share) pada saat tulisan ini diterbitkan, beliau berharap supaya personaliti itu lebih berhati-hati dalam penyampaian fakta mengenai kelebihan susu ibu.

"Susu ibu lebih baik bukan kerana faktor DNA, tetapi kerana susu ibu mampu memberi antibodi yang lebih baik kepada tubuh badan bayi berbanding susu lain. Susu manusia, mempunyai kandungan antibodi yang banyak dan cukup untuk melawan bakteria dalam tubuh anak-anak. bayi yang masih kecil tidak mampu untuk menghasilkan sistem imunisasi yang kukuh, manakala susu ibu mampu memberikan antibodi (IgA terutamanya) yang sudah siap sedia untuk melawan bakteria. Dari sisi lain, susu lembu yang dibancuh ada risiko memberi alergi kuat kepada bayi yang masih belum ada antibodi lawan alergi (IgE). Secara kesimpulannya, untuk mengatakan susu lembu atau susu lainnya tidak bagus untuk bayi secara total, adalah tidak tepat sama sekali," jelas beliau.

Pernyataan serupa turut dilontarkan oleh Exco Pemuda UMNO,  Fathul Bari Mat Jahya melalui status yang dimuat naik melalui laman Facebook kendaliannya di mana beliau mempelawa penceramah itu (Fatima) supaya medatangkan hujah sama ada melalui sumber kajian sains mahupun  agar dapat membuktikan dakwaan tersebut.

Di sisi lain, Seorang 'blogger' yang hanya dikenali sebagai Abu Afham menegaskan bahawa pernyataan Fatimah itu sebenarnya mempunyai sandaran  daripada nas agama.

Dalam status yang dimuat naik olehnya menerusi laman Facebook, beliau berkomentar: "Saya bagi contoh daripada apa yang saya pernah dengari mengenai babi dan unta. Ada ustaz (termasuk ustaz salafi) mengatakan bahawa antara sebab umat manusia khususnya Muslim diharamkan memakan daging babi selain daripada ketetapan wahyu adalah kerana sifat babi itu sendiri yang pengotor dan sangat buas nafsu seksnya (nafsu seks babi). Kita boleh memerhatikan hal ini bila mana melihat nafsu seks manusia yang memakan daging babi lebih tinggi berbanding manusia yang tidak memakan babi."

"Rincian mengenai nafsu seks babi juga ada diterangkan bila mana dikatakan bahawa babi adalah antara satu-satunya haiwan yang tiada perasaan cemburu walaupun apabila pasangannya melakukan hubungan intim (hubungan kelamin) aka zina dengan babi lain di hadapan mata," jelasnya.

Tambah beliau lagi, "Sama juga dengan kes hukum berwudhuk selepas memakan daging unta apabila di dalam blog persendiriannya, Dr. Fadlan Mohd Othman yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada menerangkan sebab yang menjadi perbincangan ulama' mengenai kemestian berwudhuk setelah memakan daging unta. Antara 'point' yang Dr. gunakan, salah satunya adalah untuk membuang serta membersihkan ciri-ciri syaitan dan jin yang ada pada unta seperti sifat dendam dan dengki sebagaimana syarahan hadis yang zahirnya menerangkan penciptaan unta daripada jin".

Walaubagaimana pun, pernyataan blogger tersebut mendapat tentangan daripada Fathul yang menasihati beliau melalui ruangan komen di 'post' berkenaan supaya harus tahu membezakan antara sifat yang diwarisi dengan DNA yang berupaya merubah genetik seseorang.

Teguran berkenaan mendapat reaksi positif blogger berkenaan yang menyatakan bahawa titik perbezaan yang membawa salah faham orang ramai  hanya terletak pada perkataan DNA, seolah-olah personaliti yang televisyen berkenaan (Fatimah) memaksudkan bahawa DNA lembu yang masuk ke sistem pencernaan bayi dapat memutasikan sel-sel yang ada pada bayi tersebut sedangkan sekiranya personaliti berkenaan tidak menyebut perkataan DNA, barangkali ia masih boleh diterima.






[BERITA] Ilmuan agama berkeras pertahan Darul Hadis Pulau Pinang sebar hadis palsu

[BERITA] Ilmuan agama berkeras pertahan Darul Hadis Pulau Pinang sebar hadis palsu

Berita Oleh: Abu Afham @ Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri


SERI ISKANDAR, 3 Ogos-  Beberapa ilmuan Islam tampil pada hari ini bagi menyatakan pendirian mereka berhubung isu dakwaan mengenai ‘maahad’ (pusat pengajian) Darul Hadis Pulau Pinang itu yang dikatakan menjadi pusat penyebaran hadis dan kisah palsu.

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidindi halaman Facebook kendaliannya mengakui penaung Darul Hadis berkenaan didapati telah menyebar dan mengamalkan hadis-hadis yang tidak sahih seperti al-Musalsal bi Ilbas al-‘Imamah iaitu hadis musalsal memakaikan serban kepada pihak lain.

Pada beliau, isu inilah yang menyebabkan berita itu rancak diperbincangkan bila mana menyentuh sejauh manakah jenama ‘darul hadis’ itu digunapakai sedangkan banyak hadis dan riwayat kisah tertentu yang disampaikan bertaraf dhaif (lemah) bahkan palsu khususnya apabila terdapat beberapa lagi personaliti bertaraf ustaz yang juga terkenal dengan jenama Darul Hadis didapati gemar menyampaikan berbagai kisah pelik bertaraf penglipurlara yang dilihat begitu ironi dengan jenama 'Hadis' itu sendiri.

Menurutnya lagi, gambar-gambar yang memuatkan personaliti mudir Darul Hadis berkenaan dengan individu lain yang juga menaungi jenama ‘Darul Hadis’ di negeri lain juga menimbulkan kesangsian khususnya apabila individu yang dimaksudkan itu pernah membuat dakwaan ganjil seperti kekeramatan angka tertentu yang disandarkan kepada Islam, dakwaan Nabi Adam diturunkan dari syurga turun ke Gunung Jerai, kapal Tariq bin Ziyad dibuat oleh orang Kedah, kapur Firaun diambil dari Kedah dan seumpamanya, yang menjadi asas kepada kerancakan isu itu diperbincangkan.

Turut mempersoalkan kredibiliti penubuhan maahad berkenaan adalah pendakwah bebas merangkap Kanselor Agama Institut Jantung Negara (IJN) , Mohd Khairil Anwar melalui laman Facebook miliknya yang mempersoalkan bagaimana seorang yang memimpin Darul Hadis sering mengeluarkan kisah-kisah yang saling tidak tumpah seperti penglipurlara.

“Antaranya mengenai kepercayaan kepada angka 13 yang dianggap angka keramat dalam Islam, darah Mahsuri lagenda Pulau Langkawi dan kesemua wali Allah berwarna putih, Nabi Adam diturunkan dari Syurga ke Gunung Jerai yang terletak di Kedah, serta bermacam-macam lagi dakwaan dan cerita yang jauh dengan prinsip ilmu hadis yang amat menekankan kesasihan periwayatan,” jelas beliau.

Seorang pengguna maya yang enggan namanya didedahkan berkomentar, antara kisah dusta lain yang disampaikan oleh personaliti yang juga memakai gelaran Darul Hadis dengan logo pertubuhan yang seakan sama di tempat lain adalah seperti kisah Imam Ahmad bin Hanbal yang sering bermimpi berjumpa secara langsung dengan Allah di samping dakwaan yang susah diterima akal seperti bertabarruk) mengambil berkat dengan cara menelan air liur syaikh merangkap guru mereka yang dikatakan berketurunan Nabi, dan juga dakwaan Nabi hadir ke dalam mimpi syaikh mereka bagi menyampaikan lirik-lirik sya’ir qasidah dan selawat.

“Antaranya adalah mudir (pengetua) bagi Darul Hadis yang terletak di negeri Kedah yang mendakwa Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Nabi muhammad iringi beliau dari rumah ke Darul Hadis, Nabi s.a.w. hadir secara Yaqazah (sedar) andai para-pelajar di maahad pimpinannya cukup berselawat dengan kadar tertetutu, kapal sahabat Nabi, Tariq bin Ziyad dibina menggunakan kayu dari Kedah, Al-Masih Dajjal bergerak dari Jepun ke Tanah Melayu dan sebagainya di mana segala penceritaan itu kian tersebar melalui video rakaman kuliyah pengajiannya yang dimuatnaik ke laman YouTube, jelasnya”

Sementara itu menurut Dr. Fathul Bari Mat Jahaya, Exco Pemuda UMNO, Biarpun menyandarkan kepentingan pengajian dan hafalan al-Quran di samping pengajian Hadis kepada para pelajar institusi berkenaan, beliau menyifatkan bahawa penyandaran seseorang yang sangat bagus dan banyak bacaan Al-Qurannya kepada kebenaran adalah persepsi yang salah dengan mengambil contoh kepada golongan Khawarij yang muncul di zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rashidin di mana Nabi s.a.w. menyifatkan kuantiti ibadah mereka seperti solat, puasa dan bacaan Al-Quran tidak dapat ditandingi oleh para sahabat Nabi.

“Kata Nabi s.a.w.: “Akan muncul suatu kaum dari umatku yang pandai membaca Al Qur`an di mana bacaan (Al-Quran) kalian tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan bacaan mereka. Demikian pula solat kalian (dibandingkan) dengan solat mereka. Begitu juga puasa mereka jika dibandingkan dengan puasa kalian. Mereka membaca Al Qur`an dan mereka menyangka bahawa Al Qur`an itu adalah (hujjah) bagi mereka, namun ternyata Al Qur`an itu adalah (bencana) ke atas mereka.” [H.R. Muslim]”

Semalam (2 Ogos), pihak Darul Hadis Pulau Pinang menafikan pusat pengajian itu menjadi pusat penyebaran hadis dan kisah palsu dan percaya penyebaran maklumat yang dikatakan palsu itu melalui media sosial Facebook dan WhatsApp sengaja dilakukan bagi menghalang usaha badan itu mengumpul dana RM1.8 juta untuk membeli tanah seluas 2.1 hektar di Pokok Machang, Tasik Gelugor bagi dijadikan bangunan pusat pengajian mereka.

Random

Anda dialu-alukan untuk mengongsi halaman ini dengan menyatakan sumbernya sekali atau menegur sekiranya terdapat kesalahan yang Penulis (Penaqal) lakukan. Baarakallahu feekum
 
Copyright © 2011. Silver Baron - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger